Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Assalamualaikum.


Resepi Ayam Masak Lada Hitam| Tengah scroll galeri kamera terjumpa gambar ayam ni. Adoii terus perut minta nasi😂Ayam masak lada hitam ni memang sedap. Tu salah satu favourite Liniey. Liniey nak bagi resepi so nanti korang cuba ye. 

Resepi Ayam Masak Lada Hitam #caraLiniey

Bahan kisar
Cili kering*rebus dulu ye
Bawang holland 1 biji
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 4 ulas

Bahan-bahan lain
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Kicap pekat
Kulit kayu manis satu batang
Bunga lawang dua kuntum
Lada hitam*ditumbuk
Cili padi
Bawang holland 1 biji

Cara-cara
1. Goreng ayam yang diperap dengan serbuk kunyit separuh masak
2. Guna minyak lebihan goreng ayam, tumis kayu manis, bunga lawang dan halia sehingga naik bau
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan air*terpulang nak kuah banyak mana
5. Masukkan sos tiram, kicap manis,kicap masin, kicap pekat*suka hati nak banyak mana
6. Masukkan cili padi
7. Masukkan lada hitam yang ditumbuk halus 
8. Air dah mendidih boleh masukkan ayam yang digoreng
6. Masukan bawang besar yang dihiris bulat. Boleh tambah hirisan tomato dan carrot pastu siap!

*Oh ya jangan lupa rasa dulu kalau tak ok adjust dengan gula dan garam.
*Kalau rasa kuah cair sangat boleh tambah bancuhan tepung jagung
*Kalau nak kuah hitam macam orang minyak, letaklah kicap banyak sikit

Nak tanya apa-apa boleh tinggalkan komen. Selamat mencuba :)
Latest
Previous
Next Post »

1 reader dah komen:

Write reader dah komen
Vanilla Maple
AUTHOR
Tuesday, August 29, 2017 delete

terliur tgk. hehehe. btw saya follow sini ^^

Reply
avatar