Nyamuk Tiada Badan Selesa

ASSALAMUALAIKUM :)


Nyamuk Tiada Badan Selesa | Haritu blogger kak Shida ada buat lucky draw kat facebook dengan cara komen kat entry blog dan di facebook. 3 pemenang bertuah akan menerima gelang bugslock dan Alhamdulillah LN salah seorang pemenang tersebut. Hadiah pun dah selamat sampai kat tangan LN pada hari Ahad lepas.

Alkisah semalam bukak facebook then perasan blogger kak Shida mention LN di statusnya. Katanya menunggu feedback LN (memang LN janji nak kasi feedback pun) selepas menggunakan bugslock, orang lain dah bagi. Ya ampun kak!! Tak sempat nak bagi feedback sebab busy dengan bisnes online (bisnes la sangattt)  HAHAHA


Nyamuk Tiada Badan Selesa

Walaupun baru update jer ni tapi hari sampai bugslock ke tangan terus LN guna malam tu jugak sebelum tidur. Opss sebelum kasi feedback biar LN perkenalkan apa itu bugslock.. Kot ada yang tak tahu lagi kan. Bugslock ni gelang penghalau nyamuk yang menghalau nyamuk dengan aroma semulajadi 100%. Kandungan utama adalah serai wangi jadi gelang ni sesuai untuk semua golongan. Dont worry!!


Nyamuk Tiada Badan Selesa

Kalau korang perasan kat gambar tu LN dah bukak sikit sebab tak shabar nak bau serai wangi tu. Muahaha..so sebelum tidur LN pakailah gelang bugslock ni. Pakai kat mana? LN pakai kat kaki..LN ni jenis tak suka sangat berselimut sama ada panas ke sejuk (melainkan sejuk sangat2). Ntahlah pesen apa tak tau. Lagi satu LN ni kalau dah baring kat katil tu bukannya tidur terus. Biasanya akan bukak Instagram dulu skodeng gambar-gambar barulah Zzzz.

Haa cuba bayangkan dahlah tak tidur pastu badan pulak tak bertutup ( aiippp bukan bogel ea :p) Makk aiii memang tergaru-garulah kat kaki kat lengan semua ni. Hambekkk! Tapi lepas pakai bugslock ni Alhamdulillah nyamuk dah tak hinggap kat badan ni haa. Tak dinafikan bau serai wangi tu amat kuat. Mungkin nyamuk pening bau serai wangi la kot...padan muka!! kekeke

Pendek kata memang selesa la guna benda ni..Just pakai kat kaki jer. Kalau korang nak pakai kat tangan ke kat mana ke suka hatilah.. Takpun korang buat macam kak Shida letak kat besi hujung katil tu.. Pastu dah tak perlu risau dengan gangguan nyamuk memang tak akan terjah hisap darah korang tu. Membazir ajer bagi darah kat nyamuk tu..ye dak??

So kalau berminat nak cuba cepat-cepatlah beli ea. Jangan tangguh lagi.. Rm13 jer weh termasuk pos! Serius murah!! LN sendiri mula2 tak pecaya. Yang nak beli tu boleh PM kak Shida ea kat sini >> KLIK<<

Klik gambar untuk ke laman web Bugslock

Psttt!! Maaf ea kalau rasa LN tulis macam berbelit-belit sebab dah lama tak hupdate (melainkan yg GIVEAWAY) so jadi macam ni lorhhh

Previous
Next Post »

2 reader dah komen

Write reader dah komen
Shida Radzuan
AUTHOR
Saturday, September 27, 2014 delete

hehee :) maceh dear atas feedbacknya :) alhmdllah gelang ni mmbntu liniey hehee :) kalau dah habis wangi dia kena beli baru lah nmpak gayanye hehee ^_^ ingt lepas pakai simpan balik dlm plastik dia tu k :) TQ liniey :)

Reply
avatar
Liniey Nor
AUTHOR
Saturday, September 27, 2014 delete

Aaah kak.. nanti boleh beli baru plak.. ok noted kak.. :)

Reply
avatar