Tuesday, 1 July 2014

Cenderahati Istimewa

ASSALAMUALAIKUM :)

Kalau ada yang ingat, bulan March lalu LN dan Nad ada menganjurkan giveaway. Giveway tersebut diberi nama Sweet Giveaway by Misz Nadea & Liniey Nor..Ingat?

Alhamdulillah ramai yang sudi sponsor. Antaranya Dunia Ibu Anak yang sponsor lima buah buku kepada lima pemenang. LN dan Nad sebagai penganjur pun turut dapat hadiah tersebut. Terima kasih naa!! Terima kasih jugak kat Nad sebab Nad yang tolong pos buku-buku kepada pemenang dan Liniey.

Inilah buku yang LN dapat. Tajuknya
Maruah Seorang Wanita. LN tak sempat baca lagi cuma belek-belek jer tapi nanti LN baca sampai habis.

Cenderahati Istimewa

Kat bawah ni kulit belakang buku Maruah Seorang Wanita. Maaf naa! Tak berapa jelas sangat sebab kamera fon murah jer :3

Cenderahati Istimewa

Bukan buku jer yang LN dapat. Sambil-sambil Nad nak pos buku ni, Nad selitkan juga dengan button badges dan bookmark. Terima kasih nanad!

Cenderahati Istimewa
Cenderahati Istimewa

Rasanya pemenang-pemenang buku dapat cenderahati dari Nad sebab Nad yang tolong poskan buku-buku tu semua.

No comments: