U May Know My Name, Not My Story

ASSALAMUALAIKUM :)

U May Know My Name, Not My Story | Blog review yang kedua khas untuk pemenang giveaway April by Syira Lokman ini dimiliki oleh bunga bernama Ecah Khalili. Tapi awas! Bunga ini sudahpun menjadi milik orang. Hee

Pertama kali melawat blog Ecah, LN terus terpandang matanya. Makk aii bolatnyaa.. Jeles cheq!huhu
Memilih nama blog You Know My Name, Not My Story, blog ini dilihat lebih kepada personal blog


Review blog

Inilah pemilik blog yang dimaksudkan. Comel sangat kan! Dilahirkan pada 13 Jun 1988, Ecah sudahpun bekerja sebagai software engineer di Petaling Jaya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Ecah boleh baca di tab Profile di blog Ecah ea.

Cuba tengok dalam gambar dibawah. Itu entri-entri yang telah ditulis oleh Ecah. Korang klik jer kat tab Entry pastu pilih mana-mana tajuk entri yang rasa nak baca.

Review Blog

Yang paling menarik wajah Ecah telah terpampang dalam majalah Hijabista Edisi Mei 2014. Kalau nak tengok macam mana cara Ecah menggayakan selendang kuntuman ros jambu, silalah beli majalah tersebut ea.

Bagi yang minat memasak, boleh tengok di tab Homemade Recipes. Ecah ada menyediakan beberapa resepi yang dibuat/diolah sendiri olehnya. Manalah tau resepi tu belum dicuba, korang cuba la buat ek. Terliurnya tengok gambar SWEDISH MEATBALL ala IKEA!!

Review Blog

Ok lah! Yang lain-lain tu korang boleh terjah sendiri. Tak rugilah masuk sebab loading blog pun agak laju. Bila loading blog laju, baru ada mood nak selongkar entri satu persatu kan.hehe


Previous
Next Post »

1 reader dah komen:

Write reader dah komen
Thursday, May 08, 2014 delete

sangat sangat comel orangnya.

Reply
avatar