Monday, 17 March 2014

#BlogReview :Siapa Bakal Arkitek Itu?

ASSALAMUALAIKUM :)

Rasa macam lama tak update entri walaupun baru beberapa hari. Lagi-lagi entri review blog.. Kalau update pun entri GA tu. Maaf tau. Bukan sengaja tapi ada urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Sekarang urusan sudah selesai. Lega rasa. Jadi, sekarang LN nak sambung balik review blog yang tergendala.

Pemilik blog ke-6 yang direview oleh LN ini namanya Hana Jalil. Nama glamournya Hana Jay Bee. Mungkinkah berasal dari Johor Bharu? LN pun tak tahu.. Hana baru berumur 18 tahun di mana sedang menunggu keputusan SPM yang bakal keluar tak lama lagi. Berdebar tak?Ehe.. Opsss lupa pula nak tunjuk gambaran blog Hana.

Review Blog

Tema blog macam tema blog LN iaitu biru putih. Memang cantik. Apalagi tengok header dia tu. Cheq suka sangat!! Tajuk blog Hana ialah Bakal Arkitek. Mungkinkah Hana bercita-cita untuk menjadi arkitek? Harapnya tercapai la. Perasan tak kat menu tab ada tab TEMPAHAN? Haaa tempahan apa? Tentulah tempahan edit blog. Edit blog full dan edit berasingan.. Ada 3 pakej kesemuanya. Jadi, meh pakat tempah dengan Hana. Untuk info lanjut boleh pergi ke tab tempahan tersebut. Hana dah jelaskan secara terperinci ok. Kalau nak tengok beberapa contoh blog yang di edit oleh Hana korang boleh tengok kat tab PORTFOLIO!

Jangan tak tahu yang Hana juga berbakat dalam bidang penulisan cerpen. Cerpen yang pertama ditulis oleh Hana tajuknya Kau Selamanya. Setakat ni baru satu sahaja cerpen hasil nukilan Hana sendiri. Nak baca? Boleh ke tab NOVEL. Selain itu, Hana juga ada review novel. Nak tahu novel apa? Tengoklah sendiri.

Godek punya godek blog Hana ni, korang akan nampak tab TUTORIAL! Haa tab tu menyediakan tutorial oleh Hana melainkan yang diberi credit. Tutorial tersebut terdiri daripada tutorial blog dan tutorial facebook dan beberapa tutorial lain. Selain tutorial, freebies pun disediakan oleh Hana melainkan yang dinyatakan siapa empunya freebies. Antara freebies yang disediakan ialah header blog, background, dan doodle. Kalau korang nak mintalah kebenaran dengan Hana dulu yer.. Lagi-lagi freebies Hana punya.Boleh ke tab FREEBIES!

Kalau korang nak mengenali dengan lebih mendalam siapakah gerangan yang bernama Hana Jalil ni korang boleh pergi ke tab OWNER. Dia ada bagi details sikit besertakan gambar..Ehee!!! Nah linknya >> KLIK SINI << Silalah selongkar sendiri dan jangan lupa FOLLOW! Papai!!


4 comments:

Hana Jalil said...

Thanks akak :D

yup.. org johor.. ^_^v berdebar gila-gila.. rasa nak terkeluar jantung ni.. takut.. uhuhu..

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Cantik blog Hana :)

Suria Lekatlekitgurl said...

18 tahun dah pandai edit blog.. jeles tau. akak ni dok guna basic template jer lagi

Nurul Huda Ishak said...

Seronok baca review ini