Monday, 3 March 2014

Lupakanlah Masa Lalumu Yang Menyakitkan

ASSALAMUALAIKUM :)

Lupakanlah Masa Lalumu Yang Menyakitkan | Izinkan LN untuk mencoretkan entri berkaitan soal hati dan perasaan jarang-jarang ea. Lagipun blog ni bukanlah blog yang hanya mempunyai satu niche sahaja. LN ikut suka hati. Apa yang terdetik di minda atau dihati itulah yang akan ditulis. Jangan pula ada yang mengkritik hanya disebabkan entri soal cintan cintun..huhu

Berbalik kepada apa yang LN nak ceritakan, petang tadi LN chatting dengan adik angkat LN dari Indonesia. Namanya Elistia Dwi Pratiwi. LN ceritakan tentang si ex yang tetiba masuk dalam mimpi. Katanya si Dwi LN mungkin belum move on. Lalu LN beritahu dia mungkin kerana lelaki itu cinta pertama LN jadi agak susah untuk melupakan dia. Dwi memberitahu dia juga pernah merasai apa yang LN rasa tapi katanya dia sudah move on kerana dia ikhlas dengan perpisahan itu.

Dwi juga sudi berkongsi satu catatan buat kakaknya (LN) yang masih tidak mampu melupakan si dia. Berikut LN kongsikan disini. 

Jika pada masa lalu engkau pernah disakiti seseorang,
Jika pada masa lalu engkau pernah dikecewakan seseorang,
Maka tak ada alasan bagimu untuk tidak memberi maaf padanya

Akan tetapi..
Sudah ada cukup alasan bagimu untuk tidak mempercayainya kembali,
Sudah ada cukup alasan untuk tidak mengharapkannya kembali.

Berhentilah memikirkan orang-orang yang telah mengecewakan di masa lalumu
Berhentilah berharap kepada orang-orang yang telah dengan sengaja menyakitimu di masa lalumu.
Kerana hal itu akan membuat banyak waktumu terbuang percuma dan sia-sia.

Berprasangka baiklah kepada Allah..
Kerana Dia pasti punya alasan.
Kenapa dia tidak berada bersamamu pada masa depanmu.

Ada saatnya, Dia tidak selalu memberi apa yang kita inginkan.
Ada saatnya, Dia tidak selalu menuruti apa yang kita harapkan,
Tapi yang pasti Allah lebih mengetahui apa yang kamu perlukan,
Daripada sekadar apa yang kamu inginkan.

Akan ada waktu yang tepat,
Bila Dia akan memberimu sesuatu yang lebih indah
Dibandingkan dengan apa yang telah hilang dari genggamanmu.

Dan itulah sebenar-benarnya kurnia, 
NikmatNya yang terkadang banyak tapi kita tidak meyedarinya :(

Buat Dwi, kakak kagum sama kamu kok!! Kamu mampu melupakan dia. Doakan yang terbaik untuk kakak kamu ini iyaa :)

8 comments:

puteri kasih said...

kadang-kadang kita tak perlu terus lupakan seseorang untuk move on sbb makin kita usaha untuk lupakan makin kita akan ingat. Just go with the flow. Setiap luka, pasti akan mengambil masa untuk sembuh kan. Biarpun parut itu tetap ada. Redha dengan yang berlaku...kerana nanti pasti akan ada hikmahnya. Be strong dear :)

Liniey Nor said...

betul tu kak..makin usaha utk lupa makin diingat..liniey tau one day lineiy dpt lupa dia jgk.. cuma ambik msa..thanks kak :)

zaza zehra said...

adakala kisah2 lalu mmg kena buang jauh2...:)

Liniey Nor said...

kalau boleh nak rasa ibarat x penah knl pn..huhu

bella luna said...

bila di lukai, wlaupun dah maafkan seseorang tu. tapi bila seseorang hadir. ngilu rasa hati =)
semoga dapat yg terbaik

Gee Lion said...

saya dah lupa macam mana saya boleh redha dgn perpisahan tu, tapi bak kata dwi, bila kita ikhlas, segala-galanya jadi serba senang. dan paling utama bila saya disalahkan, saya ambil kesalahan itu dan letak di bahu saya. automatik, ia mengajar saya lebih bertanggungjawab, berani dan tabah. dia boleh hidup jadi lelaki pengecut, tapi kita tak, sebab kesalahan itu mengajar kita menjadi matang.

inshaaAllah awak akan jumpa jalannya nanti. inshaaAllah.. (:

Liniey Nor said...

betul tu..hnya yg pernah mngalami akn tau cmno rasanye..tq bella...aamiin :)

Liniey Nor said...

Terima kasih gee.. betul awak ckp..kesalahan tu la yg membuatkan kita matang.. :)