Sunday, 9 February 2014

Insiden Tergelincir | Kanak-kanak Koma 7 Bulan

ASSALAMUALAIKUM :)

“Saya sanggup tinggal sehelai sepinggang asalkan anak sembuh,” kata Asmah Pik, 28, ibu kepada Nik Muhammad Faizul Izwan Nik Abdullah, 4, yang koma sejak tujuh bulan lalu selepas lemas di parit Kampung Alor Belanga, Besut.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu yang koma disebabkan otak gagal berfungsi, terpaksa bergantung kepada tiub yang ditebuk pada perut untuk dimasukkan susu. 




Menceritakan insiden malang itu, Asmah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang pada 9 Julai tahun lalu apabila anaknya keluar rumah secara senyap-senyap bersama rakan sebaya menuju ke parit 30 meter dari kediamannya.
Foto

Suri rumah itu berkata, ketika leka bermain, Nik Muhammad Faizul tergelincir sebelum terjatuh ke dalam parit sedalam paras dada orang dewasa.
Katanya, ketika kejadian dia baru selesai membasuh pinggan sebelum berasa tidak sedap hati apabila kelibat anak bongsunya tiada di rumah.

KATA HATI LN: Sama-samalah kita berdoa supaya kanak-kanak ini cepat sembuh. Sayu hati tengok keadaannya.

No comments: