Friday, 7 February 2014

Hinanya Anak Songsang Sehina Anak Luar Nikah?

ASSALAMUALAIKUM

Hinanya Anak Songsang Sehina Anak Luar NikahSebenarnya dah lama nak tulis pasal ni.  Berkali -kali ku fikir nak tulis ke tidak. Bukan apa, takut menyinggung perasaan orang yang membaca entri ini. Tapi disebabkan niat LN takde pun nak menghina LN teruskan niat untuk menulis entri ini.

                                HOT!!Jana RM cara mudah


Salahkah Dilahirkan Songsang?

Ada la seorang hamba Allah yang memang agak rapat dengan LN. Pernah meluahkan isi hati yang dia agak kecil hati dengan adik beradik dan saudara mara dia kerana selalu diperli anak songsang. Pernah satu kali tu bila saudara mara ada yang baru tahu yang dia ni anak songsang terkejut dan terus ketawa. Secara tak langsung ada la yang soseh2.  Tertanya-tanya dia apa yang salah dilahirkan songsang. Bukan dia yang mintak untuk dilahirkan begitu. Biasanya orang selalu mengata anak luar nikah walaupun anak luar nikah tu tak salah apa-apa sebab bukan dia yang mintak untuk dilahirkan sebagai anak luar nikah.So, sama la dengan anak songsang. Dia juga manusia punya hati dan perasaan.

Buruk Perangaikah Anak Songsang?

LN ada dengar yang anak songsang ni perangai tak berapa elok sikit. Tapi bagi LN rasanya sama sahaja. Anak songsang ke, anak normal ke, anak luar nikah ke kalau dah perangai dia tak elok tetap tak elok kan. Tak ada beza. Ntah-ntah anak songsang yang kau hina tu lagi elok perangai daripada perangai anak-anak kau. Itu yang terdetik di hati LN ketika dia bercerita. LN hanya mampu suruh dia bersabar dan abaikan apa yang saudara mara dia cakap. Lama-lama senyap la kan.

Credit Gambar


So, pendapat korang?


1 comment:

Santan Manis said...

buka minda entry ni. nice... singgah lawat shbt lama :D

http://santanmanis.blogspot.com/2014/03/blog-santan-manis-masuk-majalah-remaja.html