Wednesday, 26 February 2014

Clinicell Oral Skincare | Minuman Kecantikan Dan Kesihatan Yang Terbaik

ASSALAMUALAIKUM :)

Minuman Kecantikan Dan Kesihatan Terbaik | Siapa tahu minuman kecantikan dan kesihatan yang terbaik untuk kita? Kalau tanya LN tentulah jawabnya Clinicell Oral Skincare-Anti Aging & Whitening Essence!! Clinicell Oral Skincare ini baru sahaja dilancarkan pada 15 November 2013. Jadi tidak hairanlah kalau ada di antara anda yang masih kurang mengenali produk ini. Sekarang, inilah masanya anda nak berkenalan, bercintan-cintun dengan Clinicell Oral Skincare.

Review Clinicell


Apakah itu Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence?
-Formulasi termaju L-gluthione, kolagen, dan astaxanthin.
-Juga diperkaya dengan estrak buah oren, fruktosa, maltodekstrin, ceri acerolla. asid malik dan perasa yang dibenarkan.
-Menggunakan 100% bahan aktif semulajadi

Bagaimana Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence berfungsi?
-Mengurangkan melanosit yang menghasilkan melanin.
-Mengurangkan melanin dalam badan akan membuat kulit lebih cerah.
-Proses pemutihan bermula di dalam kulit dahulu barulah ke bahagian luar kulit.
-Bahan anti oksidan dapat melindungi sel-sel yang terdapat di dalam badan daripada aktiviti radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

Apakah kandungan yang terdapat dalam Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence?
Glutathione
-Diberikan jolokan "Ibu Segala Anti Oksidan" oleh pakar kesihatan yang terkenal di seluruh dunia. 
Penting untuk anti oksidan, penyahtoksik, menguatkan sistem imun, pemutihan kulit dan anti penuaan.

Collagen
-Protein yang ada dalam semua organ dan tisu badan. 
-Menyediakan matriks untuk megekalkan stuktur badan
-Fungsi utama adalah untuk mengekalkan tendon, kulit dan rawan.
-Menyediakan integriti, ketegasan dan keanjalan kepada struktur anda
-Memaksimumkan tahap kolagen menjadikan kulit lembut dan tegang

Astaxanthin
-Pemutihan dan anti-penuaan yang terbaik.
-Melindungi organ badan terbesar iaitu kulit.
Info:Kajian yang jelas dan konsisten terhadap astaxanthin menunjukkan keputusan cemerlang dalam membantu tahap kelembapan kulit, kelancaran, keanjalan, kedutan halus dan menghilangkan jeragat.

Acerola Cherry
-Juga dikenali sebagai ceri Barbados yang tergolong dalam keluarga pokok renek berasal dari Hindia Barat dan Utara Amerika Selatan.
-Anti oksidan yang kuat dan mempunyai potensi anti kanser serta mengandungi polyphenols dan vitamin C.

Apakah khasiat yang terdapat dalam Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence?
-Anti oksidan
-Memutihkan kulit
-Anti-penuaan
-Menganjalkan kulit
-Melindungi dari sinaran UV
-Melembapkan kulit
-Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
-Mengurangkan jeragat kulit dan jerawat
-Membantu menyihatkan rambut
-Mengurangkan masalah sakit sendi dan otot
-Menguatkan kuku rapuh
-Menggalakan pertumbuhan semula kolagen
-Membantu mengeluarkan toksin dari badan
-Mencegah penyakit kanser dan juga penyakit yang berhubung kait dengan sel seperti parkinson dan strok.

Tak puas hati lagi?Nah!!

Apakah kekuatan produk Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence?
Menggunakan salah satu bahan aktif antipenuaan dan pemutihan kulit yang terhebat didunia iaitu AstaREAL P2AF Astaxanthin. Kajian yang dibuat menunjukkan ianya:
i. 6000kali lebih kuat dari Vitamin C¹
ii. 800kali lebih kuat dari CoQ10¹
iii. 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
iv. 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
v. 40 kali lebih kuat dariBeta Carotene³
Info:Sila rujuk websites pengeluar AstaREAL P2AF Astaxanthin untuk keputusan ujian.

Review Clinicell

Dah habis baca? Bagaimana? Jangan tangguh-tangguh lagi untuk menggunakan produk ini. Yang paling penting produk ini tidak ada kesan sampingan. Ulang sekali lagi. Tidak ada kesan sampingan!!! Kerana Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang diestrak daripada buah-buahan, tumbuhan dan ikan (kolagen). Dan produk ini telah disahkan HALAL oleh JAKIM. Jadi jangan ragu-ragu lagi ia.Produk ini disyorkan di ambil 1 sachet sebelum sarapan dan 1 sachet sebelum waktu tidur setiap hari (untuk permulaan) kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan diperolehi oleh setiap orang juga berbeza. Yela,setiap orang kan mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.

Tapi LN ambil 1 sachet jer sebelum waktu tidur. Selama 15 hari LN minum Clinicell ni (15 sachet). Perisa oren tau. Jadi takde la rasa loya ke apa. Memang sedap! Bukan perempuan jer boleh minum. Lelaki pun boleh minum. Sesiapa sahaja yang berumur 15 tahun keatas dan 60 tahun ke bawah boleh minum produk ini. Nak tengok hasil setelah minum produk ni? Taraaaaa!!

Review Produk
 Takde mekap bagai..x pakai bedak pun. Just eyeliner dengan lipstick :3
Review Produk
Perasan jerawat pun nampak makin surut kan? Tu baru minum 15 sachet..kalau 30 sachet?

Dah tengok testimoni kan? Berminat untuk mencuba produk ini? Anda boleh membuat pembelian secara online di websites www.clinicell.com.my dengan harga promosi WM RM 145.00WM RM120 dan EM RM160.00 EM RM 130 sekotak (15 sachet). Kalau anda berminat untuk menjadi rakan niaga Clinicell boleh layari websites tersebut ataupun hubungi talian hotline 03-41618199. Kalau masih tak puas hati dengan testimoni yang LN tunjuk tu pergi jer like fanpages Clinicell dan tengok sendiri. Jangan lupa follow Instagram Clinicell @clinicell4u dan twitter @Clinicell4u.



14 comments:

zaza zehra said...

cantiklah kulit liniet.. nampak kesan jerawat menyusut.. can cuba la nti...zaza pula bru nak try ephyra... esok kot smpia...try dlu mcm mana nti.. :)

Liniey Nor said...

esok ea smpia :3 ahhahaha..iitew x mampu nak berephyra :(

Shida Radzuan said...

wahhh terbaik lah result hehee :) liniey nk mnum ephyra hrga murah PM akak :)

Liniey Nor said...

wahh!ok kak!roger2 (y)

sYiRa LoKMaN said...

sebelum tidooo..intai blog awak dlu :D

Raisha Qaireen said...

Cayalah liniey *thumbs up* tp agak mahal lah..addin kan masih student ;)

Liniey Nor said...

wah terharunyaaa!!bawak msuk blog saya skali tau dlm mimpi ^^

Liniey Nor said...

takpe2..kumpul2 dlu duit..pastu boleh la beli :)

Amanda Suria said...

wah...macam menarik jer ni...akak baru dapat email dari clinicell...boleh la cuba testimoni dah ramai nampaknya....

Liniey Nor said...

cuba akak jgn x cuba!konpem x menyesal!hehe

zaza zehra said...

erkk....typo sokmo..hahahahah :P

Liniey Nor said...

HAHAHA kabo pom *larikkk

Bahrain said...

warnya seperti ephyra. Terasa mahu mencuba. mana tahu berkesan. :)

Liniey Nor said...

cuba laa..jgn ragu2..hehe