Monday, 3 February 2014

Broken Link | Banyaknya!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM :)

Alahai dengan rasa malu semalu malunya LN nak habaq yang LN baru tau kesan broken link/link rosak dalam blog. Ya!sangat tidak bagus untuk blog.  Bila godek-godek beberapa blog dapatlah disimpulkan bahawa broken link ni google memang tak suka dan secara tidak langsung memberi kesan kepada SEO, SERP dan sebagainya. Korang boleh godek-godek kat google untuk info selanjutnya.


Bagaimana Broken Link Wujud?
Terjadinya broken link tu bila korang join giveaway, segmen dan contest. Link penganjur ataupun link sponsor yang korang masukkan di dalam entri akan menyebabkan link tu menjadi broken kerana si pemilik kepada link tersebut teleh delete blog ataupun bertukar domain. Yang ini memang ada sebab broken link yang LN dapat kesan kebanyakan entri yang LN join segmen, giveaway dan contest.

Selain itu, bila korang buat entri kemudian korang letak link sumber entri yang korang buat tu pun boleh menyebabkan broken link. Sebabnya sama seperti yang LN beritahu kat atas.

Cara Untuk Mengenal Broken Link
Korang boleh kenalpasti broken link ni bila korang klik link tu akan terpampang perkataan "error 404 (Page Not Found)", Profile Not Available dan sewaktu dengannya.

Cara Mengesan Broken Link
Bila dah dapat tahu kesan broken link ni LN terus cari websites yang boleh nak check broken link.. Takkan nak check satu-satu kan. Jadi LN cuba websites yang dicadangkan oleh seorang blogger ni >> www.brokenlinkcheck.com. Bila scan makk aii banyaknya broken link. Sampai seratus agaknya (lupa nak printscreen) LN dapat tahu pengguna blogspot kena buat satu persatu untuk buang broken link tu berbeza dengan pengguna wordpress. Takpelah, ku gagahkan juga untuk membuang broken link itu.

broken link

Hasil setelah broken link dibuang. LN hanya delete link. Bukan buang terus ea. Fuh lenguh jari-jemari yang runcing ni.

Pstt!Kalau korang perasan LN ada letak link 8share dalam blog. So kena la alert check broken link dengan kerap.

2 comments:

Nur syarifah said...

Same la.rata² nye link dri iklan dlm entry..mujur saie x bnyk sgt..tpi mcm bule tumpul jejari yg bru nk runcing nim..ngee :p !!

Liniey Nor said...

Betul2..saya dah buang abis yg iklan dlm entri..xnk letak dh..haha