Wednesday, 22 January 2014

Sinopsis Drama Miranda (Slot Samarinda) TV3

Assalamualaikum :)


Drama ini mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.

Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.

Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.

Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.

Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya.


pelakon drama miranda
Dazrin dan Fasha Sandha selaku teraju utama "Miranda"
Drama Miranda akan mula bersiaran pada 23/01/2014 pada jam 10 malam. Drama ini dibarisi pelakon-pelakon popular iaitu Dazrin sebagai Ammar, Fasha Sandha sebagai Miranda, Datuk Eizlan Yusof sebagai Datuk Shukri, Zila Bakarin sebagai Datin Rina dan ramai lagi!!Jangan lupa untuk saksikan drama Miranda di slot Samarinda yang bersiaran pada hari Selasa hingga Khamis!!

3 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

macam best je jln cerita nya...

Liniey Nor said...

kan ena!!tak sabar nk tgk ^^

Normi Nieza said...

wah..best2..blh layan nie..:)