Wednesday, 29 January 2014

Corat-Coret Anugerah Juara Lagu 28

Assalamualaikum :)

Bahang Anugerah Juara Lagu Ke 28 masih lagi terasa walaupun pemenang sudah diketahui.. Bagi yang ingin melihat senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 28 KLIK SINI dan ingin bagi yang ingin melihat persembahan Hafiz pada malam Anugerah Juara Lagu Ke 28 boleh KLIK SINI. Nak menghayati dengan lebih mendalam lagi boleh tengok liriknya DI SINI.

ajl 28

Sekarang ni LN nak kongsikan corat-coret Anugerah Juara Lagu 28 yang mungkin ada di antara kita yang tidak tahu ataupun tidak perasan apa yang terjadi..Check out!!

1) Ketika persembahan pembukaan tirai AJL28 yang menampilkan 2 orang yang menimbang bola sepak, salah seorang daripada mereka gagal membuat timbangan dan bolanya jatuh ke bawah pentas.

2) Mikrofon vokalis, Salam ketika menyanyikan lagu Aku Pelat tidak kedengaran pada awalnya, namun Salammusik tetap meneruskan persembahan mereka seperti biasa.

3) Kumpulan Hyper Act yang membawakan lagu Hanya Aku telah mendapat sorakan yang amat gemuruh daripada seluruh penonton di stadium di akhir persembahan mereka.

4) Stacy membawa kelainan dalam persembahan lagu Bosan apabila menampilkan sekumpulan zombie di atas pentas menari bersamanya.

5) Hafiz Suip mempersembahkan lagu Bahagiamu Deritaku dengan penuh penghayatan dan dia telah mengalirkan air mata di akhir persembahannya.

6) Gandingan sulung AG dan Scha Al Yahya sebagai pengacara pada malam kemuncak AJL28 adalah satu percubaan yang baik. Walaupun Scha sedang hamil, dia tidak hilang fokus dalam memberikan persembahan terbaik sebagai peneraju acara malam tersebut.

7) Scha Al Yahya yang baru hamil 4 bulan itu telah dibantu dengan kerusi ketika berehat dan dia juga tidak mengenakan kasut tumit tinggi sebaliknya hanya memakai kasut wedges yang ketinggianya hanya beberapa inci sahaja.

8) Pun begitu, Scha Al Yahya ada tersilap kata apabila menyebut perkataan yang sepatutnya “stadium” kepada “studio”

9) Sementara, Hazama menerusi lagu Penglipurlara dan Altimet bersama Awi Rafael menerusi lagu Kalau Aku Kaya menampilkan tema persembahan seperti permainan video yang betul-betul menepati tema Game On yang cuba diangkat pada malam AJL28.

10) Persembahan Kalau Aku Kaya sangat kreatif dan memukau apabila seluruh stadium telah dihujani wang kertas palsu sebagai simbolik kaya.

11) Jaclyn Victor pula tidak menyanyi solo di dalam persembahan lagu Ikut Rentakku, sebaliknya membawa kelainan apabila menampilkan lima orang diva ke atas pentas Salamiah Hassan, Dina Nadzir, Adibah Noor, Elvira Arul dan Atilia untuk menyanyi bersama.

12) Menariknya ada malam itu hashtag #AJL28 telah menjadi fenomena dan trending di seluruh dunia.

13) Sewaktu segmen interlude yang mengetengahkan lagu Hip Hop, penonton yang ada dalam stadium bangun dan menari bersama-sama, terutamanya ketika Dato' M. Daud Kilau menyampaikan lagu 'Cik Mek Molek' dan 'Gila Judi'.

14) Seorang peminat fanatik Ziana Zain juga mencuri tumpuan apabila dia sama-sama menyanyi ketika Ziana Zain menyampaikan lagu 'Putus Terpaksa' dan 'Sangkar Cinta'.

No comments: