Wednesday, 11 December 2013

Tragedi Highland Towers- Genap 20 Tahun

Assalamualaikum!

11.12.13!!
Tatkala ramai yang menganggap bahawa tarikh itu istimewa tetapi mungkin ada yang tidak sedar bahawa pada tarikh 11.12.13 iaitu hari ini genaplah 20 tahun kejadian bangunan runtuh iaitu bangunan Highland Towers.  Kejadian ini berlaku pada 11.12.93 *setahun sebelum kelahiran aku*

Sedikit info untuk korang, Highland Towers ni merupakan bangunan kondominium yang terdapat 3 blok kesemuanya yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor.  Dan 1 daripada blok tersebut telah runtuh menyebabkan 48 orang terkorban. Difahamkan tragedi tersebut merupakan tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk yang berlaku di Malaysia.



Bangunan Highland Towers
2 blok bangunan yang masih tidak runtuh. Diambil pada tahun 2008
     Sumber gambar: Incik Google
Nak tahu lebih lanjut mengenai tragedi Highland Towers?? KLIK SINI


p/s: Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa beragama Islam yang terlibat dalam tragedi bangunan runtuh Highland Towers :)


                                                                                                                   

4 comments:

Raisha Qaireen said...

"11.12.93 *setahun sebelum kelahiran aku*"
laa..selama nie mati2 ingat liniey batch 1991 dan keatas..huhu

Anonymous said...

aku pulak 17 tahun pada tahun tu, baru lepas SPM

Liniey Nor said...

alamakk kantoi sudahh!! haha

Liniey Nor said...

ohhh mesti smpai skrg ingt kjadian tu kn..uhuhhu