Friday, 19 July 2013

~Sabarlah Duhai Hati~



Assalamualaikum..

Setelah lama tidak menhupdate entry opss bukan setakat tidak menghupdate entry, bukak blog ni pun tidak..dah bersawang pun..tapi tiba-tiba arini mood utk menulis kembali.. Sebenarnya tadi aku godek2 blog  Miszz Nadea then terpandang satu entry mengenai Ashraf Muslim.

Ikutkan hati ni, memang marah dan kecewa sangat dengan tindakan Ashraf Muslim tu..tapi bab kata Nad, siapalah kita  untuk menilai perhubungan dan kerencanaan yg ditetapkan utk mereka bertiga. Yer betul tu..tapi sebagai kaum hawa, tentulah sedikit sebanyak perasaan kecewa dgn tindakan Ashraf tu ada kan. 

Dan yang paling menyentuh hati apabila membaca nukilan Dayana iaitu isteri pertama Ashraf Muslim..
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Sabarlah Dayana..ada hikmah disebalik semua yang berlaku.. :)

#Juga pujuk diri sendiri :(

3 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

kesian bini pertama ashraf.. hurmmm... entah la, tak tahu nak cakap pe.. kalau pandai adil dan bertanggungjawab, bagus la

Liniey Nor said...

tu laa...marah nii..aishh

Liniey Nor said...
This comment has been removed by the author.