Tuesday, 10 July 2012

Suami Aku Ustaz!!


 Hye u uolllsss!!
Haisyyy Liniey dah jatuh cinta dah nga ustaz Hafiz :x ..opsss sebenarnya bukan Liniey yang jatuh cinta nga ustaz tuuu tapi unnie Fiza ni haaa *chuckle*..Haha korang jangan salam paham naa..ustaz Hafiz yang dimaksudkan tu adalah watak dalam novel SUAMI AKU USTAZ..Masa Liniey dan unnie skyping tadi unnie ada ada citer sikit pasal novel ni..(untung la unnie dah baca novel tu eh)..Liniey un belum baca lagi novel tu tapi tengok daripada unnie citer tu cam best jaa..So Liniey godek2 la kat google cari sinopsis novel nii..meh baca naa!

Sinopsis novel: Suami Aku Ustaz

                     
 Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun.Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? “Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
Nampak cam best jer..sape ada novel tu kasi la pinjam naa*chuckle*..malas nak beli:P

14 comments:

MissFiezahDoitsu said...

malulahh unnie :)) haha ustaz hafiz I love you lah KAHKAH

✿Lady Ainaa✿ said...

macam best!!!! ena baca ape yg sis tulis nie pun dah menambat hati ena.. nak carilah... hehehe

Fendy said...

nmpk mcm best jer....

Liniey Nor said...

@missfiezah:ecece agak2 wujud x watak cmtu kat dunia realiti (inlove) haha
@ena & fendy:Kann!!nmpk cm best!! (y)cer beli n baca..haha

MissFiezahDoitsu said...

hahaha kalau wujud..hope unnie watak girl tu HAHA hafizah <3 hafiz kehkeh :p

Ikhmal Malique said...

novel suami aku blogger tak ada ka?

Solehah Shamsuddin said...

wow.cite tu mcm da kna mngena la liniey.hehe klu solehah kn ttbe bertukar latarbelakang hidup, xtaula nk ckp cmne.xbestla laki skema sgt.xsronok, sbb nmpk mcm garang je...

ikaa said...

loll!! igt xsat lini cae somi ustas..cehh novel upanya

jum tgk snie artis ksyagan anda

http://bakul2011.blogspot.com/2012/07/artis-malaysia-dulu-dan-sekarang.html

Chenta Eyfa Latieyfa said...

wahhh cam best jek cite nih..la baru nak tnye kot Liniey dah bli nak la pinjam..hahaha..kene bca gak ni.sye mmg cgt baca novel la.

Liniey Nor said...

missfiezah:eleh kalau wujud hope liniey la watak girl tuu *chuckle*
ikhmal:novel tu tunggu aku tulis *chuckle*
solehah:ala kalau utk kebaikan itew apa slhnya :-p
ikaa:hehe ikaa tertipu *chuckle*
chenta:haha sama la kitaa suka baca novel *highfive*

sha ohsem said...

novel sha ohsem gile best xde ke? *lari topik* haha

eyjalukman said...

haaa , ramai org kata novel ni best taw ! nnt nk beli lah. heheh

Liniey Nor said...

@sha:ehehe tu sha tulis sendiri naaa :-p haha
@eyja:beli jgn x beli :D

Pena Islam said...

mcam best je novel nih..nak p beli lah nanti... :)
dtg bw sini..jom singgah sini
http://penaislam2u.blogspot.com/2012/07/jodoh-penzina-dengan-penzina-juga.html