CINTA!!


Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.


Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita.

Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan KENYATAAN.





Credit to: Klik sini
Previous
Next Post »

8 reader dah komen

Write reader dah komen
MiSz AzUmI
AUTHOR
Saturday, March 03, 2012 delete

whoaaaaaaaa...liniey wat entry ttg cnta..da jtuh cnta ke syg umi ni ha?
hahahaha :P
<----da bca abis..tpi skip-2..hehe

Reply
avatar
Liniey Nor
AUTHOR
Saturday, March 03, 2012 delete

umi:erkk umi,xde mknanya jatuh cnta..hahaa..erkk umi bca habis tp skip2?cehhh..hahaaaa

Reply
avatar
AiSyA LiEzA
AUTHOR
Sunday, March 04, 2012 delete

cinta ialah abstrack.. :D terpulang pada kita bgaimana mahu mengungapknnya.. ^^

Reply
avatar
MiSz AzUmI
AUTHOR
Sunday, March 04, 2012 delete

hahaha..liniey..oke la tu kan..bca abis gak smpai KENYATAAN..cuma skip-2 sket je..hehe..
cece merah..len mcam je bnyi...

Reply
avatar
Liniey Nor
AUTHOR
Sunday, March 04, 2012 delete

@aisya:yupp!setuju!!
@merah:erkk..untung??<----tgh pikir smbil garu dagu
@umi:erkk :)

Reply
avatar
Gadis Gingsul
AUTHOR
Sunday, March 04, 2012 delete

bila dah cinta mati susah dah nak dpt ganti,,,,heheheheh bertahan sampai saya jumpa hahha

Reply
avatar
~CAHAYA~
AUTHOR
Monday, March 05, 2012 delete

memberi lbh baik dr menerima maka mencintai lebih baik dr dicintai...

Reply
avatar