Saturday, 4 February 2012

Motivasi Kerja-Tips Asas Bagaimana Menjadikan Diri Bersemangat


Salam semua...

Hari tu Liniey ada kongsikan tips tentang Motivasi Kerja-Minta Diri Anda Dinilai Untuk Tingkatkan Motivasi Di Tempat Kerja yang diambil daripada iMOTIVASI.Kalau sape-sape yang tak baca lagi bolehlah check out here > Tips Untuk Tingkatkan Motivasi Kerja.Kali ni pulak Liniey nak kongsi tips lagi,masih berkaitan dengan kerja iaitu Tips Asas Bagaimana Menjadikan Diri Bersemangat juga diambil daripada iMOTIVASI. Terima kasih iMOTIVASI!


Di kala anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati anda dengan istighfar.
Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja anda.Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.

Jika anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup anda. Lama kelamaan anda hilang semangat nak pergi bekerja!.
Penyelesaianya, niatkan kerja anda sekarang ni satu cara untuk anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya anda.

Jika anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah.

Moga dari situ, rezeki anda murah jadinya hingga membuat anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.

No comments: