AJL 26-Debaran Semakin Terasa





Lebih kurang 4 jam lagi Anugerah Juara Lagu Ke-26 akan berlangsung di Stadium Putra,Bukit Jalil dengan bertemakan air..Wahh,tak sabar rasanya nak tengok persembahan yang mantap daripada artis-artis yang akan bertanding malam ini..Rasanya anda pun tak sabar untuk menyaksikannya..yerr tak?Melihat kepada senarai artis yang akan bertanding malam ini tak dinafikan semuanya gempak..Tetapi adat pertandingan ada menang ada kalah dan semestinya hanya 1 lagu yang akan dinobatkan sebagai juara lagu.

Berikut adalah senarai giliran finalis yang akan membuat persembahan:
1) Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol
2) Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
3) Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque
4) Penakut -Yuna
5) Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
6) Cinta Muka Buku - Najwa Latif
7) Karma - Faizal Tahir
8) Kisah Hati – Alyah
9) Sungai Lui – Aizat
10) Gadis Semasa – Yuna
11) Awan Nano – Hafiz
12) Beribu Sesalan – 3 Suara

Agak-agak siapa pilihan anda yer?Yuna?3 Suara?Faizal Tahir?Aizat??Apa-apa pun kita nantikan sahaja keputusannya malam ini.Bagi anda yang tidak dapat menyaksikan AJL di Stadium Putra,Bukit Jalil,anda boleh menyaksikannya secara LIVE STREAMING di http://live.tv3.com.my/ajl26/.Bagi yang tak ada kemudahan internet tu boleh jer tengok di TV3 yang disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 p.m atau dengar jer Hot.fm.

Previous
Next Post »