Monday, 24 October 2016

Aku Nak Balik !


Assalamualaikum.



Nak balik Kelantan ! Itulah yang aku rasa sekarang. Bukan tak seronok duduk di Puncak Perdana ni tapi memandangkan banyak kerja-kerja yang perlu dibuat, aku sangat stres ! Ya tahu..mana ada belajar yang tak susah kan.. Tapi aku nak sangat balik tengok parents, kucing-kucing kesayangan aku (mesti dah besar babycat aku).

Siapa baca ni jangan pulak kata aku meroyan bagai. Kan kata nak balik, baliklah !! Oiiii! Shah Alam ke Kelantan bukannya dekat sangat sampaikan cuti dua tiga hari aku nak balik. Belum ditambah dengan kerja-kerja yang pasti ada untuk disiapkan pada hujung minggu. Jadi aku memilih untuk stay di kolej dan #sabarmenunggucutimidterm. Haaa cuti seminggu baru boleh balik yerrrr ....

P/s: Aku ni macam chipsmore. Kadang macam dah tak wujud dalm dunia blogging, kadang tiba-tiba muncul..HIHI

Thursday, 28 January 2016

Bila Terasa Rindu

Assalamualaikum !

Bila Terasa Rindu | Tiba-tiba terngiang bait-bait lirik lagu Bila Terasa Rindu nyanyian si Dafi tu.. Dah kenapa pulak rasa rindu-rindu ni? Rindu pada siapa? hehe

Sebenarnya sebenarnya sebenarnya liniey rindu kat blog ni haaa .. lama gila liniey tinggal.. banyak betul sesawang, lelabah dan segala jenis binatang-binatang kat sini *nampak bebeno nipunya* :3 . Masa cuti semester je sempat singgah, sempat bukak blog. Ni pun dah nak masuk sebulan cuti baru teringat nak bukak blog. Alahaiii..

Blogwalking? Usah kata blogwalking, kalau dah nak bukak blog pun malaih apatah lagi blogwalking. Tapi sekarang liniey nak luangkan masa untuk blogwalking puas-puas sementara cuti masih berbaki sebulan lagi. Yang baca coretan liniey jangan lupa drop komen yeee.. Nanti liniey jenguk-jenguk blog korang.

Papai :)



Thursday, 27 August 2015

Student Writing Yang Malas Menulis

Assalamualaikum.

Student Writing Yang Malas Menulis| Mimpi apalah aku ni tiba-tiba menulis balik.. Ish sedang kebosanan kot. Gitulah aku, menulis ikut mood.

Ada mood blogging, aku updated entri, kalau takde mood blogging jawabnya bersawang la blog aku ni. Kata student writing tapi pemalasnya alahaii buat malu je -_-

Lebih kurang sembilan hari lagi aku duduk kat rumah (makan tidur tapi tak gemuk-gemuk) sebelum meneruskan pengajian semester dua. Baru semester dua tu..makin bertambahlah cabaran dalam belajar. Yela, mana ada pelajaran yang tak susah. Ye dok?

Hurm tak tau nak bebel apa daa.. Cuma nak mintak korang doakan aku nanti dapat grad dengan cemerlang ok? Lots of love from LN.

Papai :)